Advokasi (Pengenalan)

5 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pembukaan lembaran 2019, pada 4 Januari 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi yang bertajuk Pengenalan Advokasi yang berobjektif kesedaran pengguna IT penting dan bermanafaatnya kepada kehidupan kita masa kini. Kelas ini diadakan pada selama 2 jam dari jam 2:15 hingga 4:15 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah.

Peserta didedahkan 5 video dari MCMC iaitu:
1. MCMC Protection Users
2. MCMC – What is Illegal?
3. Klik Dengan Bijak – Berkongsi Secara Berlebihan
4. Klik Dengan Bijak - Jason
5. Klik Dengan Bijak – False Info
6. Klik Dengan Bijak – What is Phishing?
7. Actor Fahrin Ahmad read out actual text massage from sex predator
8. CyberSAFE – Cyber Stalking
9. Klik Dengan Bijak – Oversharing
10. Lisa Surihani break down after interview with child rape survivor

yang mana diharapkan para peserta dapat iktibar dari video yang dipertontonkan. Disamping itu juga, peserta disediakan 5 soalan berkaitan dengan MCMC bagi memantapkan pemahaman mereka. 5 soalan itu ialah;
1. Apakah itu MCMC?
2. Apakah itu SKMM?
3. Apakah tujuan utama MCMC?
4. Apakah peranan MCMC ini ditubuhkan?
5. Senaraikan pengguna internet di Malaysia?

Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif dan penuh semangat menjawab soalan yang disediakan. Diharapkan dengan pendedahan ini dapat dimanafaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali